Monday, November 29, 2010

Preview buku: Nota Jutawan Nota Perniagaan

Ulasan buku pertama saya adalah Nota Jutawan Nota Perniagaan daripada Irfan Khairi. Siapa yang tak kenal beliau kan? seorang usahawan internet yang berjaya dan diberi jolokan jutawan siber. Cuba anda perhatikan ahli-ahli perniagaan yang berjaya, anda akan dapati bahawa aliran pendapatan berganda adalah rahsianya. Sebagai contoh, Siti Nurhaliza. Beliau mempunyai beberapa aliran pendapatan, selain daripada royalti jualan album, beliau juga mempunyai beberapa perniagaan yang lain termasuk Siti Nurhaliza Production, collection, pelaburan dan publishing. Ini bermakna pendapatan beliau bukan hanya melalui persembahan pentas semata-mata. Semua ini didefinasikan  sebagai multiple streams of income. Oleh itu, aliran pendapatan berganda ialah konsep yang penting untuk menggandakan pendapatan. Fikirkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan konsep ini kepada diri anda. Saya juga akan menanam iltizam untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 4 aliran pendapatan berganda satu tahun dari sekarang. Macam mana anda? MUNGKIN..
1.       Kerja sepenuh masa <guru>
2.       Elaun sebagai warden asrama
3.       Memulakan bolg. Hehe.Saya baru study tentang memulakan bisnez melalui blog
4.       Menjual buku secara offline <kecil-kecilan>
5.       Komisyen melalui jualan sendiri dan downline
6.       Jualan lelong melalui ebay.com
7.       Affiliate marketing
8.    Kedai buku online
Erm…saya telah mendapat rentak dan gambaran untuk menjadi jutawan. Anda pula bagaimana? Mungkin anda mendapat  pencerahan melalui buku ini. Buku Nota Jutawan Nota Perniagaan ini penuh dengan senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah dan ilustrasi menarik serta berwarna warni. Dapatkan segera dengan harga rm30. Pelaburan yang sangat berbaloi. dapatkan di www.stormreaders.net/marininusaibah atau PM me at nusaibah86@gmail.com. Kos penghantaran rm5.00. Sangat cepat, pantas dan betul. Cubalah!