Friday, December 17, 2010

Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul

Ramai  masyarakat yang mengadu perkahwinan mereka tidak bahagia.  Ada di kalangan mereka yang konflik dengan pasangan sejak hari awal pernikahan seperti merajuk kerana urusan teknikal seperti rombongan pengantin lambat sampai. Sesetengah mengadu apabila suami tidak mempedulikan hak batin walhal ‘perkara’ itu yang selalu menjadi tumpuan perbualan dan usikan sebelum berkahwin. Nauzaubillah. Hairan juga melihat pasangan yang bertelagah sebelum memasuki gerbang perkahwinan dan seterusnya mahligai yang dibina semakin berantakan kerana virus tiada persefahaman semakin merebak. Natijahnya perkahwinan yang baru setahun jagung, berkecai akhirnya lantaran keluar suatu lafaz amat dibenci Rasulullah dan membuatkan arasy bergegar iaitu cerai. Mengapa ini terjadi? 
Oleh itu, bagi yang belum berkahwin, jangan cemari gerbang cinta yang dibina dengan melakukan maksiat sebelum  berkahwin. Jangan merendahkan martabat diri menagih cinta yang tidak kekal dan jangan meletakan harga cinta kita dengan murah hingga sanggup terjebak dengan cinta sebelum kahwin. Yakinlah, nama si dia sudah tercatat di lauhmahfuz namun peribadinya dicorakkan oleh peribadi kita. Kesolehannya dicorakkan oleh kesolehan kita. Benarlah kata-kata Allah dalam surah an-Nur, ayat 26, ‘perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, laki-laki yang keji unuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-peempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)’
Bahaya cinta sebelum kahwin
1.       Pasti diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
2.       Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya
3.       Hati akan tersiksa dengan barah rindu
4.       Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
5.       Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri dengan keperluan dunia dan akhirat
6.       Aku boleh jadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
7.       Fitnah cinta adalah racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan
8.       Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang terbaik dan sebaliknya untuk diriku
9.       Jika aku berjaya melangkah ke alam rumah tangga maka cinta kami terbina atas dasar maksiat yang pastinya mengundang padah kepada peribadi zuriat peribadi kami pastinya.
Ketika mengambil giliran bertugas sebagai warden asrama baru-baru ini, ada sepasang kekasih (mungkin) yang terkantoi selepas saya berjaya menangkap mereka berdua-duaan dibawah remang-remang cahaya bulan (almaklumlah jam sudah menunjukkan pukul 11 malam). Pasangan ini (bakal menduduki kertas SPM paper seni visual keesokkan harinya) mendakwa mereka berbincang tentang soalan yang diramal keluar keesokan harinya. Saya hanya mampu menggeleng kepala. Saya juga pernah remaja seperti mereka. Perasaan ingin berpacaran, saling tertarik dengan lawan jantina dan ingin saling kasih mengasihani memang sesuatu yang lumrah. Tapi bagaimana ia mahu di arahkan kepada perkara yang elok tanpa mengundang kemurkaan Allah dan menconteng arang ke muka keluarga? Berikut beberapa tips yang dikongsikan Fatimah Syarha kepada kita semua
Tips menepis cinta remaja
1.       Tegas dengan prinsip diri. Katakan TAK NAK pada couple!
2.       Meletakkan misi yang jelas dalam hidup. Allah ghoyatuna, ila akhir.
3.       Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
4.       Mengekang hawa nafsu, contohnya berpuasa kerana berpuasa dapat menyempitkan aliran darah (jalan yang selalu dilalui syaitan dalam tubuh anak adam.
5.       Mendekati majlis ilmu. Oleh itu, jangan liat mengunjungi usrah,halaqah atau majlis ilmu
6.       Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yang be.rfaedah, contohnya membaca, blogging,surfing dan libatkan diri dengan aktiviti masyarakat
7.       Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan. This is the most important!!
Oleh itu, mari kita hayati kisah benar yang dicoretkan oleh Fatimah syarha Mohd Noordin bersama suami Dr. Farhan Hadi. Moga kita semua mendapat hidayah melalui pembacaan ini. Buat rakan-rakan saya yang masih terus tegas dengan prinsip dan bersabar  dengan janji-janji Allah, moga Allah memperkuatkan lagi keteguhan hati sebelum bertemu dengan pemilik cinta kita selepas Allah dan Rasul. Dapatkan di www.stormreaders.net/marininusaibah atau email saya di nusaibah86@gmail.com. Hanya RM 12.00

Monday, November 29, 2010

Preview buku: Nota Jutawan Nota Perniagaan

Ulasan buku pertama saya adalah Nota Jutawan Nota Perniagaan daripada Irfan Khairi. Siapa yang tak kenal beliau kan? seorang usahawan internet yang berjaya dan diberi jolokan jutawan siber. Cuba anda perhatikan ahli-ahli perniagaan yang berjaya, anda akan dapati bahawa aliran pendapatan berganda adalah rahsianya. Sebagai contoh, Siti Nurhaliza. Beliau mempunyai beberapa aliran pendapatan, selain daripada royalti jualan album, beliau juga mempunyai beberapa perniagaan yang lain termasuk Siti Nurhaliza Production, collection, pelaburan dan publishing. Ini bermakna pendapatan beliau bukan hanya melalui persembahan pentas semata-mata. Semua ini didefinasikan  sebagai multiple streams of income. Oleh itu, aliran pendapatan berganda ialah konsep yang penting untuk menggandakan pendapatan. Fikirkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan konsep ini kepada diri anda. Saya juga akan menanam iltizam untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 4 aliran pendapatan berganda satu tahun dari sekarang. Macam mana anda? MUNGKIN..
1.       Kerja sepenuh masa <guru>
2.       Elaun sebagai warden asrama
3.       Memulakan bolg. Hehe.Saya baru study tentang memulakan bisnez melalui blog
4.       Menjual buku secara offline <kecil-kecilan>
5.       Komisyen melalui jualan sendiri dan downline
6.       Jualan lelong melalui ebay.com
7.       Affiliate marketing
8.    Kedai buku online
Erm…saya telah mendapat rentak dan gambaran untuk menjadi jutawan. Anda pula bagaimana? Mungkin anda mendapat  pencerahan melalui buku ini. Buku Nota Jutawan Nota Perniagaan ini penuh dengan senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah dan ilustrasi menarik serta berwarna warni. Dapatkan segera dengan harga rm30. Pelaburan yang sangat berbaloi. dapatkan di www.stormreaders.net/marininusaibah atau PM me at nusaibah86@gmail.com. Kos penghantaran rm5.00. Sangat cepat, pantas dan betul. Cubalah!

Kempen 1 rumah, 1 SOLUSI



Untuk menjadi bahagia, berjaya dan tenang dalam hidup kita mesti jelas tentang apa yang paling penting dalam hidup ini dan membuat keputusan untuk hidup dengannya tidak kira apa pun yang terjadi. Jadi apakah NILAI anda? Iman? Harta? Jawatan? Ilmu? Kesihatan? Dapatkan SOLUSI anda sekarang juga. Mari sahut kempen 1 rumah,1 solusi. Penghantaran percuma bagi Sabak Berrnam-Sg Besar. Email nusaibah86@gmail.com atau sms 013-6296245.